Thursday, January 27, 2011

Tak sengaja!

Pertamanya, aku dilahirkan sebagai seorang manusia. Dan, tidaklah pulak aku check yang aku ni salah seorang dari keturunan Cullen mahupun keturunan Potter. Dan, sudah menjadi lumrah sebagai seorang manusia yang suci lagi murni hatinya yang kita pasti akan buat atau berhadapan dengan segala jenis masalah. Itu termasuklah masalah dunia, hiburan dan masalah kenapa si Mak Zukerbeg boleh kaya berbilion bilion hanya dengan fesbuk? Tidak terkecuali masalah cinta monyet, cinta kebau dan pelbagai cinta yang lain hendaknya.

Keduanya, bak kata orang orang oldskool 'Nak buat macam mana? Dah takdir.' Padahal takdir seseorang itu boleh diubah. (sebeb tuh dipanggil orang orang oldskool!) Taklah diubah dengan hanya menggunakan jari atau rendam ke dalam air, tapi diubah mengikut kehendak diri sendiri. Sama ada nak itu atau ini atau kesemua sekali. Dan, mungkin sesetengah perkara itu dah memang ditakdirkan untuknya. Itu kalau kau cuba nak ubah macam mana sekali pun, bukan takat kucing berjanggut, tunggu aku berjanggut pun tak boleh!

Jadi konklusi secara lazimnya, AKU NAK MINTAK MAAF! Sebab, pertama : aku seorang manusia. (memang terang lagi bersuluhlah.) Kedua : ini mungkin kehendak aku sendiri dan memang aku dah tekad masa tuh yang aku tak nak ubah benda neh! Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. (tapi, most of the time memang aku tak sengaja. Betul!)

Tidaklah aku nak specifickan kepada siapa. Secara amnya, kepada semua yang membaca dan tak membaca. (Lebih ditekankan kepada yang membaca.) Kalau aku specifickan sapa orang tuh, memang tak naya sebenar aku.

Jadi, penutup kata aku takde lah jahat mana nak buat palat kat orang. Dan takde lah gian mana aku nak buat sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang tuh pandang 'ek leh, dia neh!' tiap kali berjumpa. Apa boleh buat, MINTAK MAAF LAH YA!


*Bintang bintang : 
Ternaik pulak pangkat dari GJ tahap kesembilan ke GJ tahap ketiga belas! Hey, aku perempuan okay!

(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

0 caci maki:

Post a Comment

cer komen :