Wednesday, March 02, 2011

Impian tercapai !

Post ni sepatutnya dipost dua hari yang lalu . Namun , disebabkan berlaku beberapa kesilapan teknikal (internet line lembab tahap karma ya amat malam tuh !) Aku pospone sampai hari ni . Ceh .

Okay , cerita bermula macam ni . Aku dok mengadu kat ibu aku yang aku menghadapi kesukaran dalam melakukan assigment minggu lepas . (atau , beberapa minggu lepas aku tak ingat !) Ye lah , aku masih tidak mempunyai laptop sendiri (evendo aku ambik course computing !) Still , takde laptop sendiri . So , bermulalah dugaan mendatang .

Time nak buat assigment , memang tiga laptop orang (terima kasih pada anda sekalian) atau lebih enak dipanggil roommate aku diguna pakai .  Aduh , memang susah , aku akui dengan hati yang terbuka . Nasib baik mereka mereka memahami aku yang serba kekurangan neh . Walaupun , kedang kadang terpaksa menunggu berjam lamanya (sampai aku sempat mengorok ~) dapat jugalah aku siapkan assigment aku tuh .

TERIMA KASIH WAHAI DATABASE , kerana telah menjadi sebahagian dari memori 'terindah aku' !

Jadi , itulah ceritanya . 'Kesian anak ibu sorang ni' . Kann ? Huhu , sampailah satu ketika tuh ibu berkata , 'Meh , ibu belanja beli laptop eh ?' Amboih ,ibu  cakap macam nak belanja mekdonel . Aku , taklah pulak terkejut beruk ke apa bila ibu cakap macam tuh . Tanyalah jugak aku kat ibu , 'betul ke ?' (Excited sekejap time tuh .) Ibu kata , 'esok kita pergi Lowyatt . Survey survey .' Memang OMG lah aku time tuh .

Dan , keesokkan harinya ke Lowyatt lah sekeluarga . (eh , angah tak ikut !) Then guess what ?

Finally , your mine !

Tak payah cakap lah , macam mana keadaan kat Lowyatt tuh . Dan , disebabkan masa tak mengizinkan kami sekeluarga (sekali lagi , angah je yang tak ikut .) untuk berjalan survey survey dengan lebih lama , ayah mengambil keputusan untuk singgah dekat kedai sorang abang melayu neh . Dan , memang rezeki dia ayah beli laptop kat situ . Dan , rezeki aku dapt laptop baru .

Acer 4738z (haruskah ?) , yes ! That mine , for sure . Dan , ye . Impian aku yang pertama dan kedua serta ketiga (rujuk post lama aku !) menjadi kenyataan ! Alhamdulillah .

Dan , bukan main lagi mereka mereka menganjing bagai kat aku . 'Patutlah masuk bilik ni bau kedai ?' 'Waaah , orang tuh ada laptop baru lah .' 'Untunglah ada laptop baru ~' Ehem , malu lah weh !

So , lepas ni kehidupan aku bertambah seri dengan adanya lapotop baru .


Try webcam baru . Weet weet !





Bintang bintang :
Eh , patut tak aku kasik nama kat laptop aku neh ? Kekekekeke . 

(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

2 caci maki:

Unknown said...

bergambar bersama si kekasih hati(laptop)

haha

Post a Comment

cer komen :