Hari-hari aku cukup indah kalau perut aku boleh melawas dengan baik tiap-tiap pagi. Malang sekali; tak dapat nak tunaikan impian abadi aku tuh. *sakit perut je memanjang~
Hari-hari aku cukup indah kalau ada kelas start pukul satu petang. Malang sekali; tak mungkin kerna sayang! *sebab tulah aku tengah mengantuk sekarang neh, kelas pukul lapan kot tadi~
Hari-hari aku cukup indah kalau dapat tengok rambut aku terbang mengiringi awan di angkasa. Malang sekali; aku tak boleh buat selalu. *tak pasal-pasal ada budak histeria kang~
Hari-hari aku cukup indah kalau aku dapat makan chickenchop tiap-tiap hari. Malang sekali; aku bukanlah Bank Simpanan Berhad. *mati aku macam tu wei~
Hari-hari aku cukup indah kalau dapat beli KREKO tiap hari selasa seperti mana yang aku selalu buat. Malang sekali; susah untuk aku dapatkannya. *nak kena pergi Kajang baru boleh dapat~
Jadi; begitulah hari-hari indah aku. Sangat indah bukan?
T_______________________________________________________T
0 caci maki:
Post a Comment
cer komen :