Friday, November 26, 2010

Mengenai malam terakhir.

Biasanya orang selalu cakap malam pertama, atau lebih manis 'First Night'. Tapi, aku tak pulak nak pernah alami pengalaman tuh lagi, jadi tak boleh nak tulis lanjut. Yang aku mampu, tulis malam terakhir aku. Jadi, sediakanlah tisu sebanyak mungkin. (Direkomenkan untuk diri sendiri.)

6 Julai 2010, pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini. 27 November 2010, tak pasal pasal nak pergi dah jejak kaki aku neh. Okay, mungkin bukan selamanya lah. Tapi, still akan pergi jugak kan? Dan, pada malam 26 November 2010, berlaku lah operasi mengemas. Uhh, sedih dah neh.


Locker baju aku yang dahulunye penuh. Skrg, dah macam orang tak cukup baju dah aku tengok.



Meja tulis kami sekalian. Okay fine, masing masing dah kemas meja masing masing. Aku je dok berselerak bagai lagi. Eh, hello. Exam tak habis lagi eh? Sedar diri tuh sikit.



Close-up dengan lebih dekat ke meja aku. Heh, ini biasa biasa je. Keadaan sebenar, DISASTER! And, caye ke tak? Meja aku dapat anugerah 'Meja paling penuh dengan komik yang sentiasa menjadi teman orang ramai'. Hahahaha. Kepada NARUTO aku yang banyak membantu aku senang dan susah, love you lah daling.



Comelkan? Biasanya jadi benda pertamanya yang aku tengok bila aku bangun dari tido. Sayang kau~



Okay, tolong tengok je. Jangan nak kate ape ape.



Hanger persahabatan. Biasanya orang kasik gelang, baju, even spender pon ade jugak yang ditukar tukar. Kononnya kenangan terindah untuk masing masing. Well, aku tukar format, kite tukar tukar hanger eh? Romantik sikit.



Pintu masuk ke mahligai aku sepanjang aku kat sini. Heh, sampai gambar pintu pon aku amik. Entah gambar ape lagi ntah alu nak letak neh?



Jadi, konklusinya, malam terakhir aku bakal disudahi dengan habuk, spider web, dan juga gumpalan rambut yang gugur. Okay, kenyataan yang tak dapat dielak. Pape pon, aku gembira selama aku kat sini. Mungkin kenangan yang dikumpul tak sebanyak yang aku harapkan. Tapi, itu dah cukup untuk memuaskan aku. At least, ade jugaklah benda aku nak citer kat cucu aku nnt. So, semoga aku bakal menghadapi tahun yang indah tahun depan macam mane aku hadapi tahun ni. Dan, semoga jugalah aku dapat kumpul sebanyak yang mungkin kenangan yang baru, InsyaALLAH. Akhir kata :

SELAMAT TINGGAL KPM BERANANG, SEM1, FHND 2010.



Adios Sem1, Hello Sem2. ;D




*Bintang Bintang;
Never ever forget you guys lah. To, budak budak FHND1, FHND2 and especialy FHND3; gonna miss you guys like sh*t.




;Fatt

(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

2 caci maki:

Unknown said...

haha post yg agak stylo ;D

Nur Fatin Izzati said...

hahaha, biasa je kot.
tengs ar. ;D

Post a Comment

cer komen :