Wednesday, January 12, 2011

Mengenai database.

Ehem, pagi aku hari ni dimulakan dengan database. D.A.T.A.B.A.S.E, (silalah mengeja sendiri!) Bersama En.Z yang dikasihi sekalian.

Aku bangun lambat sebenarnya tadi. Aiseh, tak payah katalah bertapa coolnya aku bangun dari katil, mengeliat sambil tengok jam yang dah pukul tujuh setengah. (Kelas start pukul lapan.) Bersiap dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan, dan berlalulah pergi ke En.Z saya. Ka-ching!

Fakta pertama!
Pergi kelas pada pukul lapan sememangnya sesuatu yang semua orang tak suka. Dan, itu termasuklah aku.

Fakta kedua!
Konfom kesedaran aku masa masa macam ni tak sampai tahap kemuncak yang sepatutunya. Maksudnya, aku diambang kemengantukkan ya amat sangat. Tak dinafikan.

Tuhan je lah yang tahu betapa mengantuknya aku time tuh. Sampailah satu masa tuh, handphone aku berbunyi kring kring kring. (Tak de lah oldskool sangat ringtone aku!) Memang bergema satu lab tuh bunyi handphone aku haa. (Im shamed!) Satu mesej masuk dan ianya berbunyi macam neh :


'Ini ayah, tlong bgi credit maxis RM30 ke nombor baru ayah 014*****80.
Ayah lagi ada masalah kat balai police. Ta payah risau, lepas credit masuk baru ayah call.'


Pertamanya : mengantuk aku terus hilang begitu saja tanpa mengucapkan selamat tinggal ke apa.
Keduanya : Tengah tengah kelas macam tuh, memang aku tak fikir apa.
Ketiganya : Apa jadah bapak aku mesej aku mintak aku topupkan?

Jadi konklusi aku, aku call mak aku untuk dapatkan kepastian yang sahih lagi benar. Mak aku cakap macam JANGAN LAYAN MESEJ MACAM TUH! Terus aku delete mesej tuh tanpa sebarang bantahan.


Bila di fikirkan balik, zaman sekarang segala bagai benda boleh jadi. Tak kiralah macam mana pun benda tuh terjadi. Segala bendalah boleh terjadi. Dan, ini termasuklah benda sebegini. Jadi, pada  mereka yang membaca (kalau ada yang membacalah!) berhati hatilah di jalan raya Hahaha, lawak!

Selesai pasal ni, aku teruskanlah pengajian aku seperti biasa sambil memikirkan nasib jadah sapalah yang bengap hantar mesej macam tuh kat aku.


Ka-ching!



King Hana dan Si Qullen yang tengah kusyuk tidur. Hahahaha. ;p



Yana-kun diselangi dengan peace aku. Ka-ching!



Moon Cik Bulan saya yang dikasihi.



Ibu a.k.a Yana (jugak!)



Tengah tengah dok sibuk berposing bagai, En Z bagi kerja pulak. Berkumpulanlah aku dengan mereka mereka ni.


Si ibu, OC Ash dan Zati (yang muka sebelah!)



Asal aku tengah bersemangat nak suruh OC Ash bercekerama kat depan, masa tak cukup pulak dah. Aiseh. Jodoh tak sampai, itu jelah yang mampu aku nak cakap. Jadi, berlalulah aku dengan kecewa.

*Bintang bintang :
Asal ada gap nak ke kelas seterusnya, terus ke katil tanpa undangan.



(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

2 caci maki:

NuSaNa NoSa 91 said...

woooo~ mcm2 cara org nk tipu skrg.. nk kredit pon bleh tipu smpai camtu sekali.. adesss.. =.="

Fatto Fatt. said...

Itulah pasalnye.
Seram sejuk time tuh.
Berhati hati lah ye. ;S

Post a Comment

cer komen :