Sunday, January 16, 2011

Mengenai nama yang diibaratkan sebagai doa.

Satu hari, semasa aku berada dalam kelas pada awal awal sem ni, aku ditanya mengenai nama. Biasalah dah kata awal sem, sesi pengenalan nama masing masing tuh dah diibaratkan sebagai aktiviti wajib untuk kami. (para palajar yang dikasihi sekalian.) Jadi, bersegan taik ayamlah kami mengenalkan diri masing masing.


Sampailah giliran aku, aku pun dengan hebat dan mashurnya mengenalkan diri. Ehem.

'I'm FATT. Just call me FATT.'

(Harus dan wajib speaking, memang tak terbelit sebenarnya lidah aku haa.) Lecture aku tuh pandang aku dengan muka yang bolehlah diibaratkan 'Apa jadah nama budak ni neh?' dan menanya aku semula.

'What your name again?'

Aduh, nak kena ulang pulak dah. Aku pun ulanglah nama aku sekali lagi, kali ni dengan sedikit macho. Huihui. Sekali lagi lecture aku tuh pandang dengan muka 'tanda tanya besar' dekat aku.

'What is your real name?'

'Err.. Fatin. Nur Fatin Izzati'

'Lah, Fatin rupanya. Yang pegi jadi Fatt tuh kenapa?'

Bukanlah pertama kali atau kedua kali aku diajukan dengan soalan ini. Dah banyak kali tak terkata sebenarnya. So, apa yang aku mampu jawab;

Disebabkan time sekolah dulu banyak sangat orang nama Fatin dalam kelas, terexoticlah kejap nama aku ni.

Itulah biasanya jawapan paling munasabah yang mampu aku kasik.(tapi kalau nak diikutkan, memang ramai dalam satu kelas tuh.) Tapi, entah kenapa aku tak pulak bagitau lecture aku apa yang aku biasa bagitau kat orang yang tanya soalan yang sama. (erti kata lain, jawapan tadi.) Lecture aku sambung berkata selepas konfius dengan nama aku.

'Yang elok Fatin pegi jadik Fatt. Kenapa? Mak bapak kita punyalah bersusah payah carik nama yang baik baik untuk kita. Last last jadik macam macam. Bukan ke nama itu sebnarnya satu doa? Orang dok panggil kita tiap tiap hari tuh doa sebenarnya. Apa maksud Fatin tuh, awak tau?' 
(Tak lah aku nak ingat apa yang lecture aku tuh cakap sebijik sebijik. Lebih kuranglah.)

Tipulah kalau aku sebenarnya tak rasa apa apa masa lecture aku cakap macam tuh. Terkedu aku seribu, bukan, semilion bahasa haa. Nak nyatakan sebab pun aku tak mampu. Apa yang aku mampu, 'Keep your head down!'. Punyalah malu Tuhan jelah yang tau. Dan, soalan lecture pasal maksud nama tuh aku biarkan saja tergantung tanpa tali.

Lepas tuh, bila turn orang lain mengenalkan diri pulak (maksudnya orang orang selepas aku.) memang bagi nama penuh, tip top dengan nama bapak sekali. Memang takde sorang pun yang sebut nama singkatan atau nickname dieorang tuh. Amboih korang korang sekalian. Sampai hati kann? Dan, setiap nama yang disebut mesti ditanya apa maksud nama tersebut. Sebutlah masing masing dengan bangganya. Aduyai. Aku pun tau lah apa maksud nama aku. 

NUR FATIN IZZATI - CAHAYA YANG INDAH ITU KEMULIAN KU. 

Close-up nama nama aku tuh, 


Nur - Cahaya. 

Fatin - Cantik atau Indah.

Izzati - Kemulianku. 


Disebutnya aku depan budak budak kelas aku maksud nama aku, mau digelaknya guling guling dalam kelas tuh. (Aku pun tak tau motif sebenar dieorang nak gelak?) Yang pasti, itulah nama aku dengan maksud maksudnya. Dan, selepas peristiwa ini berlaku memang aku terus tukar nama aku haa. Siap post kat fesbuk dan siap kena gelak lagi tuh. Tapi, itulah hakikat sebenarnya.

Jadi mulai hari ini, silalah panggil aku dengan nama Fatin atau Izzati. (tidak dialukan sangat panggil Izzati.) Nama lain, tidak akan dilayan sama sekali. FULLSTOP.


*Bintang bintang :
Sumpah rasa janggal giler orang panggil aku 'Fatin'. Geli pun pernah jugak.




(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

0 caci maki:

Post a Comment

cer komen :