Wednesday, March 23, 2011

Hari yang sepatutya indah memang indah jadinya .

Post dimulakan dengan Bismillah .

Hari Selasa yang bersamaan 22 Mac 2011 . Kelas pertama untuk hari tu adalah MGT 1013 atau erti kata senangnya , kelas Management yang bermula pada pukul 8 pagi . Sebelum tu , semalaman harinya puan ada berkata , ' Esok ada observer nak datang survey kelas ni . So , saya mintak sangat sangat semua datang awal ya ! Jangan ada yang datang lambat . ' Begitulah pesan puan dekat kiteorang semua semalam .

Disebabkan kelas keesokkan hari pukul 10 pagi , masing masing chill tidur pukul 3 pagi .

Keesokkan paginya , hasil usaha sebab tidur lambat malam semalam , kiteorang ( dispecifickan  budak budak bilik 311 . ) memang tak tersedar sampailah budak bilik sebelah ( dispecifickan lagi Moon . ) ketut pintu tanya dah siap ke belum . Percaya atau tidak , kiteorang bangun pukul 9.50 pagi tadi ! ! Diulang suarakan ! 9.50 pagi ! Memang tak terkejut kiteorang ! Adeh , dahlah ada 'pemerhati' hari ni . Berserah je lah , itu apa yang aku cakap pada diri sendiri .

Sampai kat kelas , memang dah pukul 10.15 pagi . Keberanian setipis kulit bawang je lah nak masuk dalam pun . Tercongoklah kejap depan kelas tuh 5 minit , sampailah kiteorang jumpa , katanya penyelamat keadaan . Ada jugak budak lambat selain kiteorang . Dan , budak yang lambat ni memang dah selalu dah datang lambat jadi , harapan tiba tiba kembali cerah .

Memang puan buat muka ' apesallah budak budak ni carik nahas dengan aku pagi pagi ni ' bila kiteorang masuk dalam kelas . Puan siap cubit aku lagi ! Dan , demi menjaga adab dan tatasusila kami depan 'pemerhati' , kiteorang yang datang lambat ni kena berikrar (yang kiteorang takkan datang lambat lagi lepas ni . ) yang diketuai Faiz Sweett . Aceh aceh , tiba tiba teringat zaman sekolah dulu kala . Aish !

Okay , berhenti kat situ . Seterusnya , puan meneruskan pelajaran seperti biasa .

Dan , memeriahkan lagi suasana kelas yang sememangnya dah harok bagai tuh , puan suruhlah kami kami ni buat group . Katanya ada game nak dimain dan ada hadiah untuk pemenang . Okay , jadi berkumpulanlah aku dengan mereka ni :


En.Sejuk kita .
( tekan SINI untuk ke belog dia ! )

Encik Helmi kita .
( tekan SINI untuk ke belog dia ! )

Dan , Encik Farid kita .
( err , aku tak tau dia punya belog ! )


Dan , acara pun bermula . Atas usaha aku mengingat bagai kat depan dan juga atas semangat waja ahli kumpulan yang berdedikasi , kumpulan kami ( atau kumpulan aku ! ) menang ! Hahahahaha , boleh dikatakan terbangga sekejap ! ;)




Hadiah yang kami dapat merupakan bekalan biskut yang banyak dan juga air milo . Thanks puan ! So so much . ;)


Paper Beg yang puan kasik punya makna tersendiri .
Renung renungkan dan kalau tak faham , tanyalah gugel translate .


Jadi ,itulah hari dimana sepatutnya indah ( sebab nak jumpa pemerhati , yang akhirnya terjadi satu kesalahan sebab terdatang lambat ! ) yang memang indah jadinya . (sebab aku memang hadiah walaupun hanya biskut ! )

Kepada Puan Rafidah ; mintak maaf atas kesalahan yang sedikit berat yang terjadi tadi . Saya dah berikrar dah tak nak buat lagi . ;)



Sekian . ;)))

(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

2 caci maki:

Mr. Cool said...

likeeee...!!!hehehe..tp apesal ko songlap biskut lbih haa..?heheh..

Fatto Fatt. said...

eh eh , biskut lebih tuh farid punya okay !
aduhh ~

Post a Comment

cer komen :