Tuesday, October 18, 2011

aku tak tau nak letak tajuk apa .

okay , tiba tiba rasa gagap nak menulis kat sini . maaflah , dah sebulan gua curang mana tak gagap . *trool-face*

HAHA , gua takmau berintro panjang kata gua dah lama tak update , gua dah lama tak story berbagai bagai semua tuh . kalau berulang kali tiap kali nak tulis gua dok meluahkan perasaan kesal tak dapat nak update blog , baik gua berhenti belajar ambik kerja jadik novelis .

jadik biarlah gua terus kepada isik pertama .


GUA TENSHEN NAIK SEMESTER TIGA NI TAU TAKK ! *gema gema*

katanya senior , semester tiga ni bolehlah rilek sikit sebab subject yang memerlukan gua menangis sebelum faham takde . tengok jadual waktu , bolehlah berjoli kejap sebab langsung takde kelas petang . rupa rupanya , semua itu hanyalah satu propaganda mereka untuk mengatakan 'padan muka korang naik sem tiga !' dem !

pada gua , setakat yang gua dah lalui sekarang ni memang semester nilah paling parah separah parahnya even kalau buat operation pun belum jamin kau boleh hidup dengan selamat tanpa dugaan yang mendatang ! assignment datang bagaikan air yang mengalir , duit terbang pun laju je macam burung helang terbang menyambar mangsanya . itu belum lagi kira waktu tidur gua , pemakanan gua yang makin tak stabil kondensinya ni .

pernah sekali tuh bila dikumpulkan semua kerja yang gua dapat , gua ada 3 assignment , 2 video , 2 presentation nak kena buat . bukan nak gebang kata 'pergh , budak pandai ni ' ke 'hello , gua lagi banyak kerja nak kena buat dari kau okay' tidakkk ! tapi malangnya , itulah hakikat gua sekarang ni yang boleh dikatogerikan sebagai burung hantu versi bertangan . jangan terkejut pulak kalau satu hari nanti tiba tiba aku boleh terbang . HAHA , okay tak kelakar . =="

minggu ni saja ada dua assignment . belum campur test , quiz , kelas kejap lagi dah kena present speech . dem sapa kata sem tiga ni senang ? naik gila gua dibuatnya . duhhh !

ps : ni baru FHND . belum naik HND . naik sem depan , jumpalah aku kat tanjung rambutan nanti . pfft .
(✿◠‿◠) Fatto Fatt .

0 caci maki:

Post a Comment

cer komen :